Saturday, 31 July 2010

mata

Semalam aku tidur pukul 4.30 pagi, mata tak mengantuk punye pasal. Dah habis gaya cara baringan tapi tetap juga mata tak nak lelap, nak meseg dengan kawan-kawan emm semua dah tidur. Baca novel, pandaila pulak mata aku ni buat mengantuk tapi yang peliknya lepas tutup novel nak tidur, mata buat hal algi masih taknak lelap lagi.Aku tengah pikir nak buat apala lagi supaya mata ni mengantuk, aku ambil cd Kungfu Hustle, pasang dalam lap top. Cerita ni memang kegemaran aku, nak tengok Adamaya, malas sakit hati tengok dani duduk mengurat maya, may pun satu hal asyik layan apahal. Terpesong la pulak aku ni. Aku tengok cerita Kungfu hustle dalam setengah jam tibalah masa yang aku tunggu, mata ku sudah mula menandakan tanda-tanda mahu lelap, apa lagi aku terus ambil bantal, selimut. Walaupun aku tidur 4 pagi tapi aku bangun pukul 7 pagi, adik aku suruh aku beritahu mak, dia tak boleh ke sekolah sebab pening, aku pikir dalam hati, dia ingat aku kat umah ke sekarang? isshhh fiza-fiza.

maggie

Makan maggie malam ini, tak ada selera nak makan benda lain, asyik makan ayam je, bosan jugak. Rendam maggie dalam air panas, yang penting maggie kari. best r jugak, bila perut dah lapar gini. Ada orang kata makan maggie ni tak berapa elok untuk kesihatan dan kalau makan selalu akan buat keupayaan otak untuk berfikir agak kurang, emm betul atau tak tak tahu la. Mungkin perdana menteri, pensyarah-pensyarah tak makan maggie kot sebab tu otak dierang iQ tinggi2 semua. Maggie ni kalau kita masak, panaskan minyak letak bawang putih,letak cili banyak-banyak,masukkan air biar mndidih, masukkan maggie akhir sekali pecahkan telur...memang mantap. betul tak kawan-kawan?

Lepak

Ada dua orang kawan aku ni tengah lepak katanya, tapi aku tengok muka ngantuk aje. sorang pakai kain sarung sorang pakai seluar, aku pun tak tahu apa yang dierang tengah discuss, malas nak kuar bilik. Dah pukul 7 ptg malas rasanya nak g tekan switch on supaya bilik aku ni terang benderang sikit. Malam ini aku tido sorang coz Ifan roomate aku ni pergi Kajang tidur rumah kakak dia. Esok nak buat pengenalan yang nak kena bentang minggu depan, nak buat video klip lagi nak buat dokumentari lagi.Pening ke arah mencapai kejayaan.

Kesetiaan?

Adakah kesetiaan itu amat penting dalam perhubungan. Kalau kita setia, adakah betul pasangan kita juga setia dengan kita. Tak semestinya bila kita keluar dengan lelaki lain kita tak setia dengan teman lelaki kita dan curang dengannya. Mungkin banyak sebab kita keluar dengan lelaki lain. Tapi kesetiaan juga amat penting untuk mengekalkan kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan, ishh aku ni memang macam lalang di tiup angin betul la. Aku juga tidak sanggup untuk melihat atau bila mengentahui kalau teman lelaki aku keluar dengan perempuan lain....tidak sesekali he3. iye kesetiaan itu memang penting..

Hujanlah ni

Petang ni hujanla pulak. Maka kedengaran suara laungan dari blok Arif dari Kolej Pendeta Zaaba, arif hujan !!! aku tak ada jemur kain malaslah aku nak jenguk kat luar. Sedang asyik sembang dengan kawan ym aku ni , emm terasa nak buka pintu la pulak. Aku memang suka menyedut udara apabila hujan turun dan nak faham lagi aku suka bila hujan turun tapi yang aku peliknya nape boleh ada 2 budak junior ni tengah main badminton kat tengah-tengah court ni...pelik-pelik

kerja beribu-ribu

Hari ini aku dengan kawan-kawan dapat kerja baru dari drnoramaliza, 3 sekaligus. Mula-mula tu terkejut juga la aku ni, hari ini kena siapakan teka-teki 35 buah, letak dalam blok lepas tu hantar kat kawan-kawan sekelas seorang satu, lepas tu kena jawab pulak tu. kerja kedua pulak buat sajak mengenai kasih sayang dan nilai keagamaan, bab cipta sajak ni aku memang minat lebih-lebih lagi cipta sajak kasih sayang, berpengalaman lah katakan. Kerja ketiga pula kena buat 10 buah cerita yang kena post dalam blok. Tapi yang bestnya hari ini adalah dapat balik awl, dr. bagi balik pukul 12 lagi.

Pak Cik Bus

Pukul 7.00 pagi tadi, aku bangun. Ngantuknya hanya tuhan sahaja yang tahu, tapi aku kena gagahkan diri ke bilik air, kelas drnormaliza mula pkul 8. lepas siap mandi, aku sembahyang subuh, kemas-kemas barang sikit, lepas tu dengar suara mida panggil nama aku, Yah!! aku pulak menyahut dalam bilik " Iye tunggu kat luar" alamak aku dah lewat lah ni kiranya. sembur perfume, keluar bilik terus ke depan foodcourt sebab kena tunggu bus kat situ. kaki aku ni macam nak patah bila berjalan dari kolej nak ke situ, bukan jauh mana pun tapi kena daki bukit hisshh tu la yang masalah sikit, emm itulah masalahnya bila dah terlebih chubby...he3
Bila dah sampai depan bus, tag dalam bus pulak tulis ke Seremban, dalam hati aku berkata kang tak pasal-pasal boleh jalan-jalan ke Seremban, kelas drnormaliza kena korban la sebabnya kitaorang dah salah naik bus.he3...tiba-tiba pak cik bus tu beritahu, naiklah dik bus ni bukan nak pergi Seremban pun, saja je letak situ. Main-mainkan perasaan aku betullah pak cik bus ni

Friday, 30 July 2010

pasar malam.

semalam lepas balik dari perpustakaan negara, dalam kepala ni tengah pikir aku nak pergi pasar malam kat putrajaya dengan sapa. lepas tu aku pikir dengan sapa lagi mestlah dengan ehem2 aku la, tapi masalahnya aku kesian kat dia, penat baru balik kerja. tapi kalau sayang kat aku kena datangla juga walau penat. akhirnya aku dengan kawan-kawan sampai dekat kolej dalam pukul 7.30 petang, aku tengok meseg ehem-ehem aku kta ok kita pergi pasar malam...seronok sangat. aku pergi pasar malam, tak tahu la plak nak beli apa, banyak sangat barang, aku dengan ehem aku sepakat nak beli keropok, ayam goreng dengan satay je. on d way balik kitaorang singgah kat foodcourt putrajaya makan lagi. penat dengan makan aje semalam.

Agungnya kuasaMu

alam ciptaaMu
laut kebiruan,
hutan kehijauan,
angin berderuan.

aku berfikir betapa agungnya ciptaanMu,
aku bersujud hanya kepadaMu,
aku sentiasa bermohon hanya kepadaMu,
aku inginkan keredhaan hidup dariMu.

ku bersyukur kapadaMu Ya Allah,
Kau berikan akau keluarga yang bahagia,
saling menyangi,
saling mencintai.

kasih kita

sayang pertama kali bertemu,
aku tidak mengerti apa-apa,
kau hulurkan salam perkenalan,
aku sambut dengan senyuman ikhlas.

masa berlalu begitu pantas,
dahulunya kau begitu asing bagiku,
tapi sekarang aku bagaikan akan keseorangan jika kau tiada,
kaulah insan yang telah mencuri,menawan dan telah mengunci hatiku supaya menjadi milikmu.

aku hanya mahu kau mengerti,
aku berharap kita sentiasa bersabar dalam semua dugaan yang melanda,
kerana aku adalah aku yang selalu menyangi mu
aku harap kau begitu jua.

fatihah 31-35

31) Jenis tulisan mana yang paling suka menyanyi?

32) Kalau kita pakai kasut, kasut pakai apa?

33) Kalau nyanyi tak guna mikrofon, nak guna apa?

34) kalau nak nyanyi yang penting jangan apa?

35) Seorang pengembala membawa tiga benda di sampingnya. Kambing, Singa, dan Sebakul Rumput. Pengembala ini hendak menyeberangkan ketiga benda tersebut melintasi sebuah sungai yang cukup panjang dan dalam. Di tempat itu hanya ada sebuah titian kecil untuk membawa “hanya” satu benda.

fatihah 26-30

26) Sejenis tudung, tapi namanya di ambil daripada spesis haiwan

27) Siaran radio mana yang paling bersinar?

28) Kuku mana yang paling keras?

29) daerah mana daerah yang panjang?

30) alat tulis apa yang suka terbang?

fatihah 21-25

21) Kampung mana yang paling tua?

22) Sejenis makanan yang di perbuat daripada tepung, macam mee, tapi putih, ada yang panjang ada yang bergulung-gulung dan juga boleh di makan dengan pelbagai jenis kuah.

23) Cahaya apa yang palingberharga?

24) Negara mana dalam dunia ni banjir dulu lepas tu baru hujan?

25) Buku apa bila kita buka terus nampak muka?

fatihah 16-20

16) Tulisan apa tulisan yang suka mencakar?

17) Bentuknya bulut, ada emas ada perak, ada suasa, penting dalam sesuatu majlis. apakah ia?

18) Baju apakah yang paling suka ke sekolah?

19) Benda yang selalu bergerak walaupun manusia berhenti bernafas.

20) Pen apa yang boleh pandu kereta?

fatihah 10-15

11) Binatang apa di atas kepalanya kayu?

12) Terdapat satu alat keselamatan , tapi di dalamya terdapat tepung, apakah benda itu?

13) Kad apa yang selalu tergantung di leher?

14) Ikan apa yang paling mahal?

15) Bentuknya empat segi, badanya di perbuat daripada kertas, semua amat sukakan benda ini, yang penting kalau tiada benda ini semua manusia jadi murung.

fatihah 6-10

6) Ular apa yang paling panjang?

7) Pelangi apa yang paling di sukai ramai?

8) Bulat dia macam telinga, Tumbuhnya dia merata-rata,Bila hujan banyaklah dia,Boleh dimasak pelbagai cra.
8) Dlm banyak- banyak pokok, pokok mana yg baik hati?

9) Dalam banyak-banyak universiti, universiti mana yang nama ya di tujukan khas untuk golongan lelaki?

10) Dalam banyak-banyak semut , semut apa yang paling berbbahaya?

fatihah 1-5

1) bola tergantung tinggi, menjadi pujaan sejenis haiwan

2)Buah apa bijinya di makan isinya di buang?

3) sejenis makanan , tapi rupanya seolah mahkota wanita.

4)bom apa yang paling best?

5) tudung apa tudung yang paling jelita?

Thursday, 22 July 2010

w.a.a

hanya tuhan sahaja yang tahu betapa sakitnya hati aku sekarang....eiiiiiiiiiiiiiiiiiiii geramnya kat w.a.a ni, dia hantar aku kat gate je...bukan nak masuk !!!! padahal ngan motor bukan ngan kereta pon...saja nak sakitkan hati aku!arrrggghhhh bencinye aku ko mu...sokmo lagu ni!!! aku geram sangat66666 .

Wednesday, 21 July 2010

hmmm

Saturday, 17 July 2010

bakpo la wei sero nak bengo jah...sakit hati sangat2222...mikir benda pelik2 mmpi pun xbest wat tkut n sakit hti aku jah....Ya Allah tenangkan hatiku ini...panjangkanla umurku dan seluruh keluargaku dan juga teman2ku, permudahkan la segala urusnku,murahkan lh rezeki ku...aku nak beli handpne sekarang...tapi mat alif xbagi...geramnye...bukan guna duit die pon....!!!!tapi tkpe aku mntak ngn mok...he3,,pas aku tmbh ngn duit aku sndiri nk beli sony ericsson yang cybershot pnyer:)

sajak untuk yang tersayang

marah hatiku pabila kau membantah
marah hatiku pabila kau terlampau serius
marah hatiku pabila kau memandang ke arah perempuan lain
marah hatiku pabila kau membisu

inikah yang dikatakan cinta?
inikha yang dikatakan rindu?
mengapa ia begitu sakit perit sekali
betullah orang tua kata jangan kita bermain dengan api cinta kelak ia memakan diri?

c902 punye pasal

hari ini aku dengan si dia pergi ambil kereta kerana keretanya rosak dan terpaksa di tinggalkan di bengkal di kawasan perindustrian Selangor...pergi naik teksi emm tambangnya RM 25.
selepas itu kami pergi Mines, aku nak beli kasut.nak baiki telefon sebab keypad dah rosak...handphone C902 tiada housing yang local semuanya ori...emm habis RM 180... tapi sakitnya hati aku bila sampai rumah...housing handfone aku bekecai...arrrrrrrrrrrgggghhhhh!!!!bengong! kalau kaurang apa nak buat????

Friday, 16 July 2010

perasaanku buatmu

eiiiii bencinye...menyampah ada, garang, sakit hati rasa nak bagi je penampar dua tiga bijik...u ni kan memang arrrggghhhh...tapi marah2 pun dalam hati sayang lagi... adoiiiiiiiiiiii

Thursday, 15 July 2010

perasaan hati

hati gembira jika....
hati sedih jikalau....
hati marah pabila....

emm semuanya melibatkan hati....