Saturday, 31 July 2010

Pak Cik Bus

Pukul 7.00 pagi tadi, aku bangun. Ngantuknya hanya tuhan sahaja yang tahu, tapi aku kena gagahkan diri ke bilik air, kelas drnormaliza mula pkul 8. lepas siap mandi, aku sembahyang subuh, kemas-kemas barang sikit, lepas tu dengar suara mida panggil nama aku, Yah!! aku pulak menyahut dalam bilik " Iye tunggu kat luar" alamak aku dah lewat lah ni kiranya. sembur perfume, keluar bilik terus ke depan foodcourt sebab kena tunggu bus kat situ. kaki aku ni macam nak patah bila berjalan dari kolej nak ke situ, bukan jauh mana pun tapi kena daki bukit hisshh tu la yang masalah sikit, emm itulah masalahnya bila dah terlebih chubby...he3
Bila dah sampai depan bus, tag dalam bus pulak tulis ke Seremban, dalam hati aku berkata kang tak pasal-pasal boleh jalan-jalan ke Seremban, kelas drnormaliza kena korban la sebabnya kitaorang dah salah naik bus.he3...tiba-tiba pak cik bus tu beritahu, naiklah dik bus ni bukan nak pergi Seremban pun, saja je letak situ. Main-mainkan perasaan aku betullah pak cik bus ni

0 comments: