Semalam aku tidur pukul 4.30 pagi, mata tak mengantuk punye pasal. Dah habis gaya cara baringan tapi tetap juga mata tak nak lelap, nak meseg dengan kawan-kawan emm semua dah tidur. Baca novel, pandaila pulak mata aku ni buat mengantuk tapi yang peliknya lepas tutup novel nak tidur, mata buat hal algi masih taknak lelap lagi.Aku tengah pikir nak buat apala lagi supaya mata ni mengantuk, aku ambil cd Kungfu Hustle, pasang dalam lap top. Cerita ni memang kegemaran aku, nak tengok Adamaya, malas sakit hati tengok dani duduk mengurat maya, may pun satu hal asyik layan apahal. Terpesong la pulak aku ni. Aku tengok cerita Kungfu hustle dalam setengah jam tibalah masa yang aku tunggu, mata ku sudah mula menandakan tanda-tanda mahu lelap, apa lagi aku terus ambil bantal, selimut. Walaupun aku tidur 4 pagi tapi aku bangun pukul 7 pagi, adik aku suruh aku beritahu mak, dia tak boleh ke sekolah sebab pening, aku pikir dalam hati, dia ingat aku kat umah ke sekarang? isshhh fiza-fiza.
Them Lot
5 years ago
0 comments:
Post a Comment