Kerja memang banyak, sampai aku tak tahu nak buat yang mana. Last-last sekali aku tido, aku bangun sebelum asar sebab nak post cerita kat blog, tinggal dua cerita lagi. Aku nak keluar tapi ehem aku sibuk la pulak, sabar jelah. Hidup ini kena banyak bersabar dan berkorban. Aku kena pikir positif, kalau tak keluar aku dapat siapkan powerpoint yang mungkin cik musliha nak jumaat ini. Proposal tak buat lagi, nak tengok dulu yang budak-budak ni bentang macam mana, baru boleh aku buat kot. hmmm sememangnya aku boring dok kat bilik je, nak g bilik kawan malas. ok lepas sembahyang asar ni, aku nak buat powerpoint dengan pengenalan....semangat2 fatihah!!!
Them Lot
5 years ago
0 comments:
Post a Comment