Saturday, 31 July 2010

mata

Semalam aku tidur pukul 4.30 pagi, mata tak mengantuk punye pasal. Dah habis gaya cara baringan tapi tetap juga mata tak nak lelap, nak meseg dengan kawan-kawan emm semua dah tidur. Baca novel, pandaila pulak mata aku ni buat mengantuk tapi yang peliknya lepas tutup novel nak tidur, mata buat hal algi masih taknak lelap lagi.Aku tengah pikir nak buat apala lagi supaya mata ni mengantuk, aku ambil cd Kungfu Hustle, pasang dalam lap top. Cerita ni memang kegemaran aku, nak tengok Adamaya, malas sakit hati tengok dani duduk mengurat maya, may pun satu hal asyik layan apahal. Terpesong la pulak aku ni. Aku tengok cerita Kungfu hustle dalam setengah jam tibalah masa yang aku tunggu, mata ku sudah mula menandakan tanda-tanda mahu lelap, apa lagi aku terus ambil bantal, selimut. Walaupun aku tidur 4 pagi tapi aku bangun pukul 7 pagi, adik aku suruh aku beritahu mak, dia tak boleh ke sekolah sebab pening, aku pikir dalam hati, dia ingat aku kat umah ke sekarang? isshhh fiza-fiza.

maggie

Makan maggie malam ini, tak ada selera nak makan benda lain, asyik makan ayam je, bosan jugak. Rendam maggie dalam air panas, yang penting maggie kari. best r jugak, bila perut dah lapar gini. Ada orang kata makan maggie ni tak berapa elok untuk kesihatan dan kalau makan selalu akan buat keupayaan otak untuk berfikir agak kurang, emm betul atau tak tak tahu la. Mungkin perdana menteri, pensyarah-pensyarah tak makan maggie kot sebab tu otak dierang iQ tinggi2 semua. Maggie ni kalau kita masak, panaskan minyak letak bawang putih,letak cili banyak-banyak,masukkan air biar mndidih, masukkan maggie akhir sekali pecahkan telur...memang mantap. betul tak kawan-kawan?

Lepak

Ada dua orang kawan aku ni tengah lepak katanya, tapi aku tengok muka ngantuk aje. sorang pakai kain sarung sorang pakai seluar, aku pun tak tahu apa yang dierang tengah discuss, malas nak kuar bilik. Dah pukul 7 ptg malas rasanya nak g tekan switch on supaya bilik aku ni terang benderang sikit. Malam ini aku tido sorang coz Ifan roomate aku ni pergi Kajang tidur rumah kakak dia. Esok nak buat pengenalan yang nak kena bentang minggu depan, nak buat video klip lagi nak buat dokumentari lagi.Pening ke arah mencapai kejayaan.

Kesetiaan?

Adakah kesetiaan itu amat penting dalam perhubungan. Kalau kita setia, adakah betul pasangan kita juga setia dengan kita. Tak semestinya bila kita keluar dengan lelaki lain kita tak setia dengan teman lelaki kita dan curang dengannya. Mungkin banyak sebab kita keluar dengan lelaki lain. Tapi kesetiaan juga amat penting untuk mengekalkan kebahagiaan dalam sesuatu perhubungan, ishh aku ni memang macam lalang di tiup angin betul la. Aku juga tidak sanggup untuk melihat atau bila mengentahui kalau teman lelaki aku keluar dengan perempuan lain....tidak sesekali he3. iye kesetiaan itu memang penting..

Hujanlah ni

Petang ni hujanla pulak. Maka kedengaran suara laungan dari blok Arif dari Kolej Pendeta Zaaba, arif hujan !!! aku tak ada jemur kain malaslah aku nak jenguk kat luar. Sedang asyik sembang dengan kawan ym aku ni , emm terasa nak buka pintu la pulak. Aku memang suka menyedut udara apabila hujan turun dan nak faham lagi aku suka bila hujan turun tapi yang aku peliknya nape boleh ada 2 budak junior ni tengah main badminton kat tengah-tengah court ni...pelik-pelik

kerja beribu-ribu

Hari ini aku dengan kawan-kawan dapat kerja baru dari drnoramaliza, 3 sekaligus. Mula-mula tu terkejut juga la aku ni, hari ini kena siapakan teka-teki 35 buah, letak dalam blok lepas tu hantar kat kawan-kawan sekelas seorang satu, lepas tu kena jawab pulak tu. kerja kedua pulak buat sajak mengenai kasih sayang dan nilai keagamaan, bab cipta sajak ni aku memang minat lebih-lebih lagi cipta sajak kasih sayang, berpengalaman lah katakan. Kerja ketiga pula kena buat 10 buah cerita yang kena post dalam blok. Tapi yang bestnya hari ini adalah dapat balik awl, dr. bagi balik pukul 12 lagi.

Pak Cik Bus

Pukul 7.00 pagi tadi, aku bangun. Ngantuknya hanya tuhan sahaja yang tahu, tapi aku kena gagahkan diri ke bilik air, kelas drnormaliza mula pkul 8. lepas siap mandi, aku sembahyang subuh, kemas-kemas barang sikit, lepas tu dengar suara mida panggil nama aku, Yah!! aku pulak menyahut dalam bilik " Iye tunggu kat luar" alamak aku dah lewat lah ni kiranya. sembur perfume, keluar bilik terus ke depan foodcourt sebab kena tunggu bus kat situ. kaki aku ni macam nak patah bila berjalan dari kolej nak ke situ, bukan jauh mana pun tapi kena daki bukit hisshh tu la yang masalah sikit, emm itulah masalahnya bila dah terlebih chubby...he3
Bila dah sampai depan bus, tag dalam bus pulak tulis ke Seremban, dalam hati aku berkata kang tak pasal-pasal boleh jalan-jalan ke Seremban, kelas drnormaliza kena korban la sebabnya kitaorang dah salah naik bus.he3...tiba-tiba pak cik bus tu beritahu, naiklah dik bus ni bukan nak pergi Seremban pun, saja je letak situ. Main-mainkan perasaan aku betullah pak cik bus ni